Followers

Saturday 13 August 2011

Perbezaan di UK dan KL

Kok kemudiannya menggariskan perbezaan ketara di antara rusuhan di London dan perhimpunan aman di Kuala Lumpur.

* Di UK, perniagaan dan orang awam telah disamun oleh perusuh dengan kehilangan harta-benda dianggarkan bernilai berjuta-juta sterling pound;

* Di KL, tidak ada satu pun laporan tentang kedai disamun oleh penyokong BERSIH 2.0, sebaliknya, kedai-kedai yang membuka perniagaan pada 9 Julai lalu memperolehi keuntungan berikutan kehadiran ribuan rakyat di ibu kota;

NONE* Di UK, kereta dan bangunan telah dibakar dan dirosakkan oleh perusuh sehingga membahayakan keselamatan awam di samping kepulan asap yang menyesakkan nafas;

* Di KL, asap yang berkepul adalah daripada tembakan gas pemedih api oleh pihak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ke atas penyokong BERSIH 2.0 yang berhimpun secara aman. Gas pemedih mata dan meriam air juga ditembak ke kawasan Hospital Tung Shin;

* Di UK, perusuh membawa senjata seperti pisau, batu dan “molotov cocktail” untuk mencederakan orang awam;

* Di KL, penyokong BERSIH 2.0 hanya memakai t-shirt kuning yang diharamkan oleh Hishammuddin, dan ada antara orang ramai cedera kerana gas pemedih mata;

* Di UK, perusuh secara aktif dan sengaja menyerang dan mencederakan anggota polis;

bersih rally petaling street 090711* Di KL, polis didakwa secara aktif dan sengaja telah menembak gas pemedih mata dan meriam air terhadap peserta BERSIH 2.0 yang berjalan secara aman, dan tidak pula bertindak balas apa-apa terhadap pihak polis yang bersikap agresif itu.

* Di UK, polis hanya menahan 1,000 orang walau pun rusuhan ganas telah berlanjutan selama lima hari.

* Di KL, polis Malaysia menahan lebih daripada 1,600 orang dalam tempoh tak sampai sehari hanya kerana cuba berhimpun secara aman.

Wednesday 10 August 2011

Panas! Bank Negara guna penasihat Israel?




SELEPAS pendedahan logo baru pada duit syiling Malaysia menyerupai "Star of David" seperti yang terpampang pada bendera Israel, rujuk sini [syiling baru Malaysia] satu lagi dakwaan serius didedahkan oleh kakitangan Bank Negara Malaysia (BNM), melalui portal aduanrakyat.com

Salam sejahtera,

Kami kakitangan Bank Negara (BNM) ingin membuat aduan bahawasanya pihak pengurusan BNM telah menggunakan perkhidmatan penasihat syarikat USA yang menggunakan kepakaran Israel dalam bidang pengurusan-pengurusan sumber manusia.

Kami percaya khidmat syarikat yahudi Israel tersebut, iaitu Hay Group telah digunakan secara muslihat tanpa pengetahuan Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib Tun Abd Razak.

Syarikat Hay Group telah memecah-belahkan kakitangan BNM dengan mewujudkan kasta atau martabat manusia dengan menamakan sistem pekerja sebagai ‘strategik’ dan ‘operation’. Seterusnya mereka telah memberi imbuhan gaji yang terlampau tinggi terhadap golongan yang mereka namakan strategik tanpa justifikasi yang munasabah. Sedangkan perkara ini tidak dilakukan dalam jabatan-jabatan kerajaan lain (juga badan-badan berkanun lain).

Lebih teruk dari itu, kami percaya bayaran imbuhan yang dibayar kepada Hay Group adalah sangat tinggi sehinggakan pihak Jabatan Audit Dalam pernah menimbulkan kes ini. Malangnya bagaikan ada suatu ‘tangan ghaib’ yang telah menutup kes ini untuk disembunyikan.

Hay Group telah meletakkan seorang stafnya sebagai pengarah di BNM untuk terus melakukan huru-hara. Penganiayaan demi penganiayaan dibuat kepada kakitangan BNM.

By: G





ReJaM© "Betul ke Najib tak tahu?"


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/08/panas-bank-negara-guna-penasihat-israel.html#ixzz1Ug6FskOl

Tuesday 9 August 2011

UMNO Berjaya Curi Lonjakan Kerusi Pakatan Rakyat Dengan Isu Gereja Selepas BERS✔H


Pakatan mampu rampas 100 kerusi Parlimen

Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu mungkin melonjakkan pungutan kerusi bagi Pakatan Rakyat daripada 75 sekarang kepada 100 pada pilihan raya umum akan datang, kata penganalisis politik Wong Ching Huat.

Pada seminarnya di Universiti Monash, Sunway hari ini, Wong yang juga ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 berkata peralihan sokongan itu adalah kerana reaksi rakyat terhadap tindakan kerajaan BN yang mengubah sentimen mereka di sejumlah 55 kerusi marginal yang dimenangi kedua-dua pihak.

"BERSIH telah meningkatkan peluang Pakatan di 20 kerusi yang dimenang tipis oleh BN dan memperkuatkan kedudukan Pakatan di 33 kerusi (marginal) milikinya sebelum ini,” katanya.

Wong berkata jumlah berkenaan adalah hasil rumusannya berdasarkan demografik pengundi dan corak pengundian pada pilihan raya umum 2008 dan juga beberapa pilihan raya kecil yang lalu.

Beliau juga menjangkakan corak yang sama akan berlaku di kerusi-kerusi milik calon Bebas seperti di Wangsa Maju, Nibong Tebal dan Bayan Baru yang terletak di kawasan bandar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Berdasarkan perkiraannya juga, beliau menjangkakan Datuk Ibrahim Ali akan hilang kersi parlimennya di Pasir Mas di Kelantan.

azlanSelain itu, Wong juga menjangkakan PSM akan mengekalkan kerusinya di Sungai Siput, yang dimenangi dengan majoriti kecil berikutan penahanan ahli parlimennya Dr D Jeyakumar yang ditangkap mengikut Ordinan Darurat.

"Secara demografik ia adalah kerusi yang bahaya (untuk Jeyakumar) tetapi penahanan itu telah memberi manfaat kepada Jeyakumar, terutamanya undi simpati. Beliau akan terus mendapat undi masyarakat India dan menang dengan lebih selesa,” katanya kepada Malaysiakini selepas seminar itu.

Katanya dua kerusi milik SAPP lebih sukar diramalkan.

Wong juga berkata Pakatan dijangka akan mengekalkan secara marginal kersi di Sibu, Kuantan dan Indera Mahkota, tetapi bukan kerana BERSIH 2.0 tetapi isu lain seperti kilang pemprosesan bumi nadir Lynas, khususnya di Pahang. -mk

Ulasan GB

Benarkah Pakatan Rakyat mampu melonjakkan pungutan kerusi dari 75 ke 100 di dalam PRU13 akan datang?

YA jika ditinjau hanya berdasarkan dari sokongan rakyat selepas perhimpunan BERSIH 2.0 per se.

TIDAK sebaik sahaja isu "serangan gereja" timbul apatahlagi dengan "sokongan terbuka" yang disuarakan oleh Pemuda PAS kepada Exco Selangor Hassan Ali terhadap tindakan JAIS & Polis.

Kajian Wong Ching Huat tersebut telah mengabaikan isu-isu selepas perhimpunan BERSIH.

Jika Hassan Ali seorang saja menyokong, impaknya tidak begitu besar tetapi apabila Dewan Ulamak dan Dewan Pemuda PAS menyuarakan secara terbuka menyokong (sekalipun PAS Pusat sendiri baru hendak mengadakan pertemuan dengan pihak JAIS dan gereja) maka dengan sendirinya impaknya menjadi meluas. UMNO berjaya mencuri kerusi-kerusi di kawasan pengundi Melayu yang bermarginal kecil.

Menurut pemerhati politik, tindakan Exco Selangor dan Pemuda PAS tersebut telah berjaya mengalihkan sedikit sokongan rakyat kepada UMNO walaupun ia telah di perbaiki sebelum itu dengan pembelaan dari Dr. Asri bahawa kegagalan institusi zakat didalam menjaga kebajikan umat Islam adalah merupakan penyumbang utama kepada sebab mengapa umat Islam "terpaksa" menerima bantuan daripada pihak gereja.

Lebih 1.5 juta pekerja asing didaftar


hUHUHUHU....CAYALAH..

Seramai 1,548,798 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan pekerja asing sah telah didaftarkan di bawah program penyelesaian menyeluruh pendatang asing tanpa izin (PATI) atau Program 6P
sehingga semalam.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Pendaftaran dan Imigresen Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Alwi Ibrahim berkata daripada jumlah itu, 834,233 adalah mereka yang didaftarkan menerusi Program Pendaftaran Pekerja Asing Sah.

Di Sabah, jumlah PATI yang telah didaftarkan sejak 18 Julai lalu adalah seramai 157,966, katanya dalam satu kenyataan di Putrajaya hari ini.

Alwi juga berkata satu kaunter setempat telah diwujudkan di ibu pejabat kementerian di Putrajaya bermula semalam bagi menangani semua masalah teknikal yang dihadapi 336 syarikat pengurus yang mengendalikan pendaftaran.

Kaunter tersebut dikendalikan kakitangan kementerian dan wakil syarikat pembekal yang bertanggungjawab terhadap pengurusan sistem perisian yang digunakan dalam Program 6P.

Monday 8 August 2011

Perhimpunan aman di Malaysia, rusuhan ganas di London

 Keganasan POLIS di Malaysia

 Keganasan Polis di Malaysia

Rusuhan rakyat di London

Mengejutkan apa yang berlaku di London. Rusuhan rakyat London yang menyebabkab banyak kemusnahan yang berlaku. 

Di Malaysia sendiri tempoh hari berlaku perhimpunan aman gergasi BERSIH 2.0 yang dianjurkan oleh NGO. Himpunan itu memang dianjrkan secara aman tetapi yang merosakkan perhimpunan itu adalalah pihak polis yang menendang, membelasah, menyepad, menyembur air kimia dan gas pemedih mata. 

Di London pula berlaku perhimpunan ganas. Keganasan yang dilakukan oleh rakyat menyebabkan banyak kerosakan yang berlaku. 

nampak perbezaan di antara 2 situasi yang berlaku. Rusuhan rakyat yang berlaku di London dan Keganasan polis yang berlaku di Malaysia. Di Malaysia rakyat tidak bertindak ganas. Rakyat berhimpun secara aman sesuai apa yang diperuntukkan dalam perlembagaan. Di London pula rakyat bertindak ganas dan sudah semestinya kita tidak mahu amalkan demonstrasi ala london ini di Malaysia.

Rakyat Malaysia tidak ganas. Berhimpun secara baik dan berdisiplin penuh bertamadun. 

Rusuhan di London: 160 orang ditahan polis
Ogos 9, 11 9:07am
Sekurang-kurangnya 160 orang ditahan oleh polis kerana didakwa terbabit dalam rusuhan dan samun di utara London sejak Ahad lalu manakala keganasan baru dilaporkan tercetus dan merebak ke bahagian lain di ibu negara Britain itu.

NONERusuhan itu dikatakan kejadian terburuk di London dalam tempoh lebih 25 tahun.

Wartawan AFP melaporkan beribu-ribu penduduk mencuri barangan dari sebuah gedung barangan elektrik di kawasan Brixton, selatan London pada awal pagi ini, menakala gerombolan pemuda membaling objek ke arah polis.

Menurut Scotland Yard, kejadian mencuri merebak ke beberapa kawasan di utara, timur dan selatan bandar raya ini, sementara sekumpulan kira-kira 50 pemuda merosakkan harta benda di kawasan tumpuan pelancong di Oxford Circus.

Perusuh merosakkan sebuah kereta polis dan memecahkan tingkap di Enfield, pinggir utara London kira-kira lima kilometer dari Tottenham, medan kekacauan pada malam sebelumnya.

Pasukan polis tambahan dikerahkan di kawasan-kawasan kediaman bergolak selepas tiga anggota polis dimasukkan ke hospital akibat dirempuh kereta.

Laporan AP pula memetik pegawai kanan polis Christine Jones, berkata 35 pegawainya cedera, ketika cuba menahan penunjuk perasaan itu.

NONEBeliau berkata, kumpulan belia menyamun kedai, menyerang pegawai polis dan membakar kenderaan dalam keganasan yang menimbulkan persoalan mengenai tahap keselamatan bandar raya itu menjelang Sukan Olimpik 2012.

Christine berkata, pihaknya 'terkejut' dengan tahap keganasan dan kemarahan yang ditunjukkan penunjuk perasaan ke atas polis.

“Sebilangan mereka melempar bom petrol ke arah polis, manakala yang lain menyerang anggota kami dengan kayu besbal dan batang besi. Keganasan juga merebak ke bahagian lain di London, termasuk kawasan tarikan pelancongan dan pusat beli belah utama,” katanya.

Keadaan di Tottenham dilaporkan tenang malam semalam, namun keganasan merebak ke Walthamstow Central di timur London, apabila 30 belia mencuri dan merosakkan kedai.

NONE“Kami menempatkan pegawai tambahan di seluruh London dan membuat pemantauan rapi bagi mengelak keganasan daripada berterusan,” katanya.

Sementara itu Jabatan bomba London dalam satu kenyataan berkata, ia menerima 49 panggilan kebakaran di Tottenham tetapi tiada anggota cedera.

Laman web sosial dibanjiri khabar angin rusuhan lain bermula atau dirancang di bahagian lain tetapi polis memberi amaran supaya tidak mempercayainya.-malaysiakini-

Friday 5 August 2011

Kepala putus ketika lahir

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad

mriduwan@hmetro.com.my

MELAKA: Panik apabila bayi luar nikah yang dilahirkannya berada dalam kedudukan songsang,
seorang wanita nekad menarik kaki bayi itu sehingga menyebabkan bahagian kepalanya terputus.
Kejadian itu menyebabkan wanita terbabit yang berusia 24 tahun bertambah panik lalu
membuang mayat bayi baru dilahirkannya ke dalam tong sampah di tingkat bawah rumah
 sewanya di sebuah pangsapuri di Jalan Tun Sri Lanang, dekat sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata,
kejadian berlaku jam 6 petang Selasa lalu ketika wanita terbabit yang hamil enam bulan
melahirkan bayinya bersendirian.

Menurutnya, selepas mengalami pendarahan akibat melahirkan bayi perempuan tidak cukup bulan
 seorang diri, wanita terbabit kemudian menghubungi ibunya.


“Ibunya kemudian membawa wanita itu mendapatkan rawatan di Hospital Melaka jam 9
malam hari sama. Ketika menerima rawatan, doktor mendapati dia baru bersalin dan mengesyaki
ada yang tidak kena lalu terus membuat laporan polis,” katanya.

aDUHAI....APA NAK JADI DAH SEKARANG NIE.

Mat Zal cerita detik disepak terajang polis


KEGANASAN polis terhadap beliau dapat disaksikan pada banyak gambar dan video BERSIH 2.0. Muhamad Zal Ismail, 38 tahun yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Cawangan Kampung Pantai Cicar, Kawasan Merbok, Kedah menceritakan semula detik keganasan polis ke atasnya.

Menurut Muhamad Zal, semasa Himpunan Aman BERSIH 2.0 itu, beliau berada di Maybank Pudu Raya. Setelah pihak polis menggempur peserta Bersih, beliau turut berundur ke Jalan Pudu. Di situ, beliau telah berada di sebalik palang menyaksikan polis memprovokasi peserta dan menunggu sahabat-sahabatnya yang lain.

Bagaimanapun katanya, polis datang kepada beliau dalam jumlah yang ramai. Beliau ditarik dari sebalik palang lalu jatuh dan ketika itu walaupun tanpa melawan, Muhamad Zal telah ditumbuk terajang. Katanya, sehingga hari ini masih berbekas kesan tapak kasut anggota polis yang menendangnya.


Kepalanya juga dipukul hingga berdarah, tetapi beliau tidak menyedari pendarahan itu melainkan rasa sakit. Beliau tidak pasti alat digunakan tetapi beberapa saksi yang melihat menyatakan bahawa dia dipukul menggunakan sejenis alat besi dipanggil “buku lima.” Pihak polis ujar beliau, menyiram kepalanya dengan air mungkin untuk mengurangkan kesan darah.

Di dalam banyak gambar dan video yang diperolehi, kelihatan seorang anggota dengan vest kuning polis menutupi kepalanya dengan topi. Pun begitu ujar Muhamad Zal, topi tersebut bukan miliknya, tetapi berkemungkinan polis cuba melindungi kesan luka berdarah di kepalanya dengan topi tersebut.

Beliau kemudian dibawa ke trak polis yang berjarak lebih 100 meter dan di sepanjang jalan itu beliau disepak terajang serta dimaki hamun polis sebagai pengkhianat negara. Beliau ditahan di Pulapol dan dibebaskan sekitar jam 8 malam.

Warta Utara

PAS S'gor dakwa tangkap sindiket edar IC


PAS Selangor mendakwa pernah tersua dengan satu kumpulan sindiket yang didakwa mengedar kad pengenalan kepada warga asing dalam satu kejadian beberapa bulan lalu.

NONE
Setiausahanya Khairuddin Othman berkata, pihaknya menyerbu dua rumah berasingan di Paya Jaras, Subang dalam satu operasi yang dijalankan bagi menangkap sindiket berkenaan.

Khairuddin mendakwa, "tuan rumah" berkenaan sedang mengedarkan kad pengenalan kepada sekumpulan yang dipercayai warga Indonesia dan Kemboja ketika serbuan dijalankan sekumpulan ahli PAS Selangor.

"Tuan rumah" itu kemudiannya didakwa berjaya melarikan diri sebelum polis tiba ke lokasi berkenaan, kata Khairuddin dalam satu sidang media di pejabat ahli parlimen Shah Alam hari ini.


Dalam kejadian pada Februari lalu itu, sejumlah kad pengenalan yang ditemui di tempat berkenaan kemudiannya disemak menggunakan alat pengimbas, katanya.

Peliknya, kad pengenalan itu boleh dibaca melalui pengimbas tetapi semakan di sistem dalam talian Jabatan Pendafaran Negara (JPN) menunjukkan identiti pemegang kad tersebut sebagai penduduk tetap (PR), katanya.

“Kita sudah buat laporan polis, tetapi tidak ada jawapan,” kata pengamal undang-undang itu lagi yang masih menunggu makluman berhubung hasil siasatan polis berhubung kes berkenaan.

“Kita tidak pertikai ada yang layak dapat IC. Tetapi bila jumpa dalam web JPN (berbeza), itu yang timbul persoalan besar,” katanya yang giat mendedahkan “kelemahan” sistem pilihan raya akhir-akhir ini.

Dalam sidang media sama, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad pula berkata, kes tersebut mengingatkannya kepada kes yang berlaku di Sabah apabila BN berjaya menguasai semula negeri itu.

“Semua yang terlibat mengaku ceritakan apa dilakukan BN. Jadi ia bukan mustahil (di semenanjung) lebih-lebih lagi pemberian IC memang tidak telus,” katanya yang menyifatkan insiden tersebut “seperti retak kecil atas seketul bongkah ais”.

Sementara itu, Khairuddin juga mendakwa menemui kepelikan terbaru dalam kontroversi daftar pemilih yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Katanya, semakannya semalam menemui terdapat nama dalam daftar pemilih tetapi tiada rekod dalam sistem JPN.

“Nombor (kad pengenalan) saja ada,” katanya sambil menyifatkan perkara itu sebagai “kad pengenalan kosong”.
-malaysiakini-

Thursday 4 August 2011

Google.com dedahkan kerakyatan mudah warga Pakistan di Malaysia?

Aku rasa aku sedang melawak. tapi entah la apa berlaku sebenarnya. Cuba korang buka google.com. tekan translate. translate perkataan PAKISTAN kepada bahasa Malaysia... jawapannya akan keluar MALAYSIA.

Kah!!kah!!kah!!

ada soalan cepu emas di bawah. Siapa dapat jawab akan dapat kerakyatan percuma di Malaysia.

Cuba isi dalam petak kosong dengan jawapan yang disediakan
Pakistan + _____________ = Malaysia..
A: Najib Razak
B: SPR
C: JPN
D: haram jadah

Wednesday 3 August 2011

Dapat kerakyatan dan boleh mengundi. Kita akan merempat di negara sendiri nanti

wajah suram Malaysia

1. Bulan Ramadhan bulan yang mulia. Allah menggandakan pahala kepada sesiapa yang melakukan amalan baik dan menggandakan azab kepada sesiapa yang melakukan kejahatan dan maksiat.

2. Sesetengah orang walaupun berperangai syaitan di bulan lain tetapi dalam bulan Ramadhan begitu kecut untuk melakukan dosa dan kemaksiatan kepada Allah. Itulah sensitivity umat Islam terhadap bulan Ramadhan yang mulia ini. Sungguh hormat bulan Ramadhan walaupun sebelum ini haram jadah tak pernah bersolat.

3. Ada seorang kawan aku, penuh dengan hedonisme dalam hidupnya tetapi apabila UPSI tempat aku belajar anjurkan konsert sempena pesta konvo juga kebetulan di ambang ramadhan begitu marah dia kepada program anjuran UPSI ini. Nah..itu lah melayu. Begitu hormat bulan Ramadhan. Tak pelik kalau aku kata bulan ramadhan nie si pemaksiat melayu Islam berhenti sekejap buat maksiat sempena bula mulia ini.

4. Tetapi pilu, aku kecewa dan sakit hati. Bersempena bulan mulia ini timbul isu yang menguris hati rakyat. Isu kerakyatan yang cukup menyentuh sensetiviti umat Malaysia di tanah berkat ini. Si Palestin sanggup bermandi darah daripada biarkan tanah sendiri dicerobohi penceroboh khianat. Begitulah harapnya aku kepada rakyat Malaysia agar lupakan periuk nasi dan perut boyot sendiri untuk mempertahankan Negara daripada pemerintah keparat yang mendaftarkan warga asing secara sulit untuk ‘survival’ politik mereka..

5. Pendedahan MALAYSIAKINI bukan satu pendedahan biasa. Bukan biasa seperti cerita Anuar Ibrahim yang didakwa melakukan hubungan seks, bukan biase seperti Najib Razak yang didakwa membunuh altantuya, bukan biasa seperti Nik Aziz adakan pertemuan sulit dengan Ku Li, bukan biasa seperti kerajaan UMNO rampas hak royalti rakyat Kelantan..tetapi pendedahan yang dilakukan oleh Malaysiakini pasal orang asing mendapat kerakyatan secara Jus Soli dan layak mengundi itu mengundang satu keadaan tidak baik dikalangan rakyat.

6. Aku memikirkan masa depan negara. Memikirkan keselamatan negara. Memikirkan masa depan rakyat terutamanya bangsa Melayu yang menjadi bumiputra kepada tanah ini. Apa akan jadi kalau Ketua Polis Negara satu masa nanti dari keturunan Indonesia? Apa nak dikata nanti Panglima Angkatan Tentera Malaysia dari kalangan bangla? Ketua Jabatan Pendaftaran Negara dari warga asing yang entah dari mana datang. Mereka mendapat kerakyatan daripada sikap rakus politik UMNO untuk mengekalkan kuasa di tanah Malaysia ini.

7. Wahai UMNO. Hendak berpolitik kotor engkau berpolitiklah. Tetapi jangan sesekali mengadaikan masa depan negara kepada warga asing. Jangan sesekali mengadaikan negara kerana nafsu serakah seks betina dan harta yang engkau tidak pernah puas. Sudah puas disusahkan rakyat dengan susah hidup di negara sendiri, dengan ekonomi rakyat yang tak menentu, dengan kes-kes besar yang tidak pernah selesai kini mahu dirogol masa depan rakyat dengan isu kerakyatan warga asing.

8. Paling aku sakit hati blogger UMNO spin isu kerakyatan untuk nampak UMNO betul..BANGSAT!!

Siapa Yang Bohong??? JPN atau SPR!!!!



Berapa Ratus Ribu Mismah Di Malaysia?
PENDEDAHAN dibuat oleh sebuah portal berita yang dilabelkan pro-pembangkang oleh media taksub kepada pemerintah mengenai ‘salah teknik’ berhubung status seorang insan bernama Mismah (mungkin pendatang tanpa izin – (Pati) dari Indonesia) yang dikorek dan digali didapati dengan mudah mendapat hak kerakyatan di negara ini, telah mengaluributkan kantor Jabatan Pendaftran Negara (JPN).

Apa yang anih lagi dalam siasatan protal berita berkenaan Mismah dinaikkan taraf sebagai warganegara ini dari status sebagai penduduk tetap kepada waganegara dalam tempoh empat jam saja.


Empat jam sebelum itu (menurut pengesanan menerusi online JPN) menunjukkan Mismah adalah pemegang Mykad sebagai penduduk tetap dengan MyPR (merah) bernombor: 640704715238, tetapi empat jam kemudian telah dinaikan taraf sebagai pemegang Mykad berwarna biru sebagai warganegara Malaysia yang layak mengundi. Fantastik dan hebat sungguh sistem pendaftaran JPN negara ini.


Mungkin juga dikala portal berita berkenaan membuat penyiasatan proses mengup-gradkan penduduk tetap sedang diproses!


Paling mengejutkan lagi dia telah disahkan sebagai pengundi berdaftar di negara ini. Malahan pengesahan beliau sebagai pengundi baru masih lagi dalam edah beliau pemegang MyPR berwarna merah. Apabila beliau sudah berdaftar sebagai pengundi dalam erti kata lain Mismah akan menjadi seorang pemilih setaraf dengan warganegara asal negara ini. Inilah yang menajkubkan dan menyebabkan sesuatu yang tidak kena kepada keselamatan negara.


Hari ini Ketua Pengarah JPN, Jariah Mohd Said telah membuat penjelasan agak penjang lebar juga. Kepantasan penjelasan itu semacam pengarah itu dalam ketakutan kini seolah-olah kerja jahat dilakukan oleh jabatannya terbongkar.


Jangan main-main kalau proses berkenaan 'terlalu' salah teknik kemungkinan Jariah akan dikenakan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Memberi atau meluluskan pendatang asing atau warganegara asing menjadi warnegara ini tanpa prosuder yang betul satu kesalahan. Satu maklumat dalaman yang sampai kepada saya memang ada kegiatan memproses pendatang haram untuk diberikan kad pengenalan dan didaftarkan sebagai pengundi.


Jariah menafikan yang taraf dan status Mismah dari pemegang kad merah kepada kad biru berubah dalam masa empat jam.


Jelasnya, Mismah telah memegang kad merah, menjadi penduduk tetap (PR) sejak 17 Julai 1982 manakala permohonannya menjadi warganegara diluluskan pada 31 januari 2011 setelah 29 tahun menjadi penduduk tetap. Jadi menurut Jariah dari catatan rekodnya adalah tidak betul kalau taraf kewargangeraan Misamah berubah dalam tempoh empat jam.


Persoalan kini siapa yang betul dan berbohong dalam hal ini. Siasatan protol berita berkenaan bersumberkan kepada online JPN sendiri dan juga online SPR yang bohong? Apakah online berbohong? Kalau portal berita itu berbohong maka tindakan tegas perlu diambil kerana apa didedahkan memalukan negara. Kejadian itu seolah-olah pentadbiran kita macam pentadbiran di zaman sebelum merdeka yang menggunakan semuanya dibuat secara manual.


Bagi memberi penjelasan berhubung perkara itu Jariah juga turut memberitahu sejak 9 April 2009 hingga 15 Julai 2011 Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dikepalai oleh Hishamuddin Hussein telah meluluskan 29,290 orang daripada 72,334 orang pemohon untuk mendapat wargenegara ini dalam tempoh tersebut. Ini bermakna purata dalam tempoh lebih kurang dua tahun itu seramai 1,126 orang menjadi warganegara ini pada setiap bulan.


Sayang Jariah tidak mengecerkan jumlah berkenaan mengikut rupa paras atau pun ethnik para pemohon yang diterima sebagai warganegara itu. Kalau tidak kita boleh kira kaum atau ethnik mana yang ramai diterima sebagai warganegara ini. Kalau boleh beliau juga perlu perincikan mengikut ethnik atau bangsa yang memohon untuk menjadi warganegara ini daripada jumlah terbaki dari 72,334 orang itu.


Kelulusan permohonan itu menurut Jariah dibuat mengikut Perkara 19 Perlembagaan Negara di mana mereka adalah warga asing yang bermastautin di Malaysia tidak kurang 12 tahun.


Berbalik kepada kes Mismah tadi ia sungguh memalukan. Walaupun ia adalah salah teknik tetapi kejadian itu menunjukkan kelemahan sistem keselamatan kita terutama menerusi talian online. Tidak seharusnya kesilapan itu berlaku sehingga ia akan dijadikan hujah atau bukti bagi menunjukkan beberapa kepincangan dalam pentadbiran khusunya JPN dan juga SPR berlaku.


Mungkin ramai yang berfikiran seperti saya, soal teknikal atau kesilapan manusia dalam kes Mismah itu hanya alasan saja. Mungkin sesuatu yang buruk sedang berlaku dalam kedua agensi itu JPN dan SPR. Boleh jadi juga selain Mismah itu masih banyak "Mismah" di Malaysia yang sudah diproses permohonan mereka. Apa dibimbangkan apakah selepas ini akan ada pula parti MISMAH. - Malaysia Ini sudah Mahu Hancur!




Adalah sesuatu yang mendukacitakan kalau kelajuan proses terhadap Mismah-Mismah menjadi warganegara itu kemudian didaftar sebagai pengundi ia dibuat berselindung angenda tertentu yang berpaksakikan kepada nafsu amarah. Malang sungguh. Perkara ini perlu dibimbang oleh semua rakyat negara ini. Setiap dari kita perlu berjaga-jaga dan kakitangan kerajaan yang diberitanggung hendak bertanggungjawab dan kalau perlu membantah, bantahlah. Ingat masa depan negara dan bangsa.


Kita tidak menolak untuk menerima mereka yang layak untuk menjadi waranegara ini, luluslah jika mereka sudah memenuhi syarat-syrat yang ditentukan. Tetapi kalau mereka diproses hanya untuk memenuhi kehendak golongan tertentu - menjadi pengundi hantu alangkan malangnya.


Demokrasi negara kita sudah buruk dan sudah cemar. Pilihan raya kita sudah kotor dan sudah busuk. Kalau kekotoran dan kecemaran itu ditambah dengan kejadian-kejadian yang tidak sepatutnya, semisalnya mendaftarkan pendatang asing sebagai pengundi, ia sesuatu yang sungguh jijik dan satu kemalangan kepada negara ini.


Mungkin keburukan dan kejahatan lain boleh dimaafkan tetapi kalau membenarkan orang asing bagi menentukan nasib dan masa depan negara ini sungguh celaka jawabnya. Ini bermakna masa depan negara dan pemimpin kita turut ditentukan sama oleh orang luar. Apalah bezanya keadaan dengan zaman penjajah yang mencampuri semua urusan hidup kita satu masa dulu? Merdeka ini yang kita banggakan tidak membawa apa-apa makna kalau kita tetap memperhambkan kepada kuasa asing.


Dengan mengambil kes Mismah yang dianggap terpencil itu ia boleh mengesahkan beberapa perkara yang diragui dan dipertikaikan sebelum ini. Antaranya;


1. Mengesahkan memang ada pendaftaran pengundi di kalangan Pati untuk menjadi pengundi, 2. Keselamatan negara sudah tidak terjamin lagi, dan
3. JPN dan SPR sedang berganding bahu membantu ke arah kebusukan dan kekotoran.


Rumusan dari segala itu, jelas tuntutan dan desakan Bersih terhadap lapan perkara itu ada kebenarannya dan semua rakyat perlu memberi sokongan dan kerajaan pula untuk tidak makin pupus wibawaanya perlu sedar dan mengambil peduli atas desakan bersih itu.


Apapun hujan Abdul Aziz Yusuf kononnya biometerik sebagai option terbaik untuk membersihkan pilihan raya ia adalah satu helah dan dalih mentah saja dalam usaha SPR yang dianggap sebagai salah satu komponan BN untuk mempertahankan BN dalam pilihan raya ke-13 nanti.[wm.kl.10:30 am 03/08/11] - MSO


Tuesday 2 August 2011

Negara kita diambang kemusnahan.

Benda ini perlu diteliti oleh rakyat tidak kira PAS atau UMNO. Ini soal bersama yang perlu dilihat secara mendalam. Ketepikan perbezaan politik semasa menghayati perkara ini.

Aku sudah beberapa hari tidak aktif di talian. Hari ini baru sempat untuk menjenguk ke Malaysiakini. Sebuah wadah non-partisan yang bagi aku menceritakan cerita politik secara adil. Melihat kepada tajuk ”Pengundi baru: Pagi tadi PR, petang ini warganegara” buat hati aku seram sejuk.

Adakah ini semata-mata kerana cita-cita politik sehingga sanggup mewarganegarakan pendatang asing? Aku tak dapat nak bayangkan di masa hadapan bagaimana berlaku kepada negara kita. Era anak cucu kita di mana mereka memerintah dikelilingi oleh warga asing yang diberikan kerakyatan oleh generasi atok kerana cita-cita politik yang busuk.

Apa akan jadi kepada sistem pertahanan negara. Apabila warga asing yang menjadi rakyat masuk ke dalam sistem pertahanan negara. Menjadi orang-orang penting di pos-pos pertahanan negara. Percayakah kita mereka tidak akan belot terhadap negara kita?

Bayangkan rakyat asing yang diberikan kerakyatan untuk menjadi pengundi hantu ini masuk ke dalam PDRM apa akan jadi kepada badan tersebut. Akan ada Ketua Polis Negara berasal daripada Indonesia, yakinkah kita dia tidak akan belot kepada negara kita?

Bayangkan waga asing yang diberi kerakyatan kerana cita-cita politik umno yang tak berkesudahan masuk ke dalam Jabatan Pendaftaran Negara. Yakinkah kita mereka tidak akan menjadi pintu masuk kepada lebih ramai warga asing lain untuk masuk bermaharajalela di negara kita?

Fikir balik.. masa depan negara kita ibarat di hujung tanduk sekarang. Ayuh kita bangkit.

panas ker? Iklan yang kontrovesi versi 1Malaysia. cuba tengok. (video)


Apa komen korang semua pasal iklan tv8 nie? ada unsur-unsur pornografi tak? atau ganas yang melampau? atau apa yang tidak mententeramkan hati. cuba nilai dengan realiti kini dan kesesuaian video iklan ini.

Monday 1 August 2011

Wardina Safiyyah:Hari Hiburan Islam Kelantan 30 Julai 2011


Ianya bermula dengan jemputan ke Kelantan melalui email - untuk hadir ke Program Bicara Selebriti anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang pernah dihadiri saya sehingga mencetus kontroversi suatu ketika dahulu  - Ya tepat sekali "Artis TIDAK BOLEH dijadikan IKON" - Kali ini dijangka menggabungkan Dr Asri Zainul Abidin, Ustaz Hasrizal, Sham dan Amin Idris selaku moderator  di satu pentas yang sama  dengan saya... Ustaz Hasrizal menggelar kami "trouble maker 2011". Tersenyum saya sendiri.

Seorang wanita? Bersama IKON hebat ini? Oh tidaklah saya layak sama sekali...menolaknya? Tidak mungkin saya lepaskan peluang ini untuk menimba pengalaman - ianya satu penghormatan yang amat besar buat diri yang serba kerdil ini...

Saya tiba sehari awal untuk  program khusus yang dipinta oleh saya sendiri- saya meminta supaya dianjurkan pertemuan bersama ibu bapa muda di KElantan - terlalu banyak yang ingin dikongsikan. DIbawa ketiga-tiga permata hati bersama saya kali ini. Esoknya satu lagi program diatur bersama dengan Nisa' dan remaja2 serta wanita Kelantan. :) Kita berbicara mengenai  definasi "cantik" yang realitnya tidak berapa cantik.

Malam 30 Julai adalah malam kemuncak - tibalah saat yang ditunggu-tunggu... dan tiba-tiba entah dari mana kepala saya diserang 'migrane' yang amat perit sekali. Hampir pitam saya dibuatnya, namun saya gagahkan diri melangkah keluar. Kepala saya seperti ada yang mengetuk gong didalamnya....GONG! GONG! GONG! Aduh... ditelan panadol dengan harapan ianya hilang! Allah, masih kekal.... terlalu penat mungkin... melayan karenah anak-anak dan 2 program sebelum ini membuatkan saya agak keletihan.. baru ingin dilelapkan mata, ada suara yang memanggil "Ummi!, bangunlaaah" Aduh... diseretnya diri keluar dari katil hotel yang empuk itu. Oh Anakku.... :)

Saya cuba gagahkan diri... tiba di Balai ISlam,melihat pentas yang dihias GAH... saya tak sangka begini hebat perancangan kali ini. Tiada lagi bayangan di KB MAll..... ini..fikir saya "satu petanda dan fenomena yang baru!" "Hiburan Islam diberi satu nafas baru yang cukup membanggakan" "This is what we want!"

Saya naik ke pentas hampir longlai..wajah saya sebetulnya pucat lesu.. minda tidak berapa boleh menumpukan perhatian...namun saya cukup teharu dengan kehadiran pada malam itu. PENUH satu dewan! MasyaAllah....Tanpa wanita seksi, tanpa perkara lagha... tanpa hebahan media.... Inilah dia semangat baru....! Berhimpun semua atas dasar Iman dan kecintaan pada Islam... MasyaAllah..indahnya perasaan ini... Dewan diselubungi semangat mahukan perubahan! Perubahan pada erti HIBURAN itu sendiri- Sudah terlalu lama anak2 muda Malaysia dilalaikan dengan hiburan penuh kemaksiatan yang hanya meracuni minda mereka...

Bukan saja perubahan dari bagaimana erti 'hiburan' disampaikan tetapi bagaimana para alim Ulama' dan para Ustaz sendiri memberi definisi kepada hiburan - perbezaan pendapat kita menilai 'hiburan, seni dan muzik'  tidak seharusnya dipaksa ke atas sesiapapun. Kita pilihlah pandangan yang sesuai dengan diri dan cuba memahami perspektif mereka yang mahukan sedikit hiburan dalam hidup , hiburan yang sama sekali tidak menggalkkan kemaksiatan, yang masih dibatasi adab Islam.

Kiblat dari Barat boleh dibungkuskan dalam suratkhabar lama... Ianya tidak "trendy" lagi. Islam itu senantiasa trendy...tiada surutnya, boleh disesuaikan pada apa saja waktu, masa dan ketika. Alhamdulillah dengan usaha dan kesungguhan ini.  YB Baihaqi dan Ustaz Saifuddin, Nik dan Hajar serta semua yang bersama saya, terima kasih atas keramahan dan layanan yang sungguh istimewa. Rakyat Kelantan, anda cukup bertuah! Saya merasakan keikhlasan  terpancar keluar dari setiap sudut baik dari penganjur, ahli panel dan moderator, baik dari penonton juga  kesemua krew yang bertugas..ianya  tidak boleh DIJUAL BELI. Ya.. mungkin ada yang tercabar dan cuba meniru yang seakan sama. Namun tanpa niat yang ikhlas...ianya tidak mungkin dapat meninggalkan kesan yang serupa.

Terkilan juga tidak dapat mempamerkan persembahan 'istimewa' bersama Amna. Kami mahu mengaji bersama... antara surah kegemaran kami iaitu Surah Buruj dan Insyiqaq...Ya antara hiburan kami anatranya ialah mengaji bersama. Ya ketenangan yang saya dapat daripada Quran tidak dapat dirungkai dengan kata-kata. Itulah Hiburan Islam yang tiada tandingannya!

Allahuakbar! Selepas program tersebut saya pulang dengan seribu satu azam dan mahu mencipta peluang yang baru buat diri...Terima  Kasih daun keladi tahun depan buat lagi! :)

-Wardina Safiyyah-