Followers

Monday 8 August 2011

Perhimpunan aman di Malaysia, rusuhan ganas di London

 Keganasan POLIS di Malaysia

 Keganasan Polis di Malaysia

Rusuhan rakyat di London

Mengejutkan apa yang berlaku di London. Rusuhan rakyat London yang menyebabkab banyak kemusnahan yang berlaku. 

Di Malaysia sendiri tempoh hari berlaku perhimpunan aman gergasi BERSIH 2.0 yang dianjurkan oleh NGO. Himpunan itu memang dianjrkan secara aman tetapi yang merosakkan perhimpunan itu adalalah pihak polis yang menendang, membelasah, menyepad, menyembur air kimia dan gas pemedih mata. 

Di London pula berlaku perhimpunan ganas. Keganasan yang dilakukan oleh rakyat menyebabkan banyak kerosakan yang berlaku. 

nampak perbezaan di antara 2 situasi yang berlaku. Rusuhan rakyat yang berlaku di London dan Keganasan polis yang berlaku di Malaysia. Di Malaysia rakyat tidak bertindak ganas. Rakyat berhimpun secara aman sesuai apa yang diperuntukkan dalam perlembagaan. Di London pula rakyat bertindak ganas dan sudah semestinya kita tidak mahu amalkan demonstrasi ala london ini di Malaysia.

Rakyat Malaysia tidak ganas. Berhimpun secara baik dan berdisiplin penuh bertamadun. 

Rusuhan di London: 160 orang ditahan polis
Ogos 9, 11 9:07am
Sekurang-kurangnya 160 orang ditahan oleh polis kerana didakwa terbabit dalam rusuhan dan samun di utara London sejak Ahad lalu manakala keganasan baru dilaporkan tercetus dan merebak ke bahagian lain di ibu negara Britain itu.

NONERusuhan itu dikatakan kejadian terburuk di London dalam tempoh lebih 25 tahun.

Wartawan AFP melaporkan beribu-ribu penduduk mencuri barangan dari sebuah gedung barangan elektrik di kawasan Brixton, selatan London pada awal pagi ini, menakala gerombolan pemuda membaling objek ke arah polis.

Menurut Scotland Yard, kejadian mencuri merebak ke beberapa kawasan di utara, timur dan selatan bandar raya ini, sementara sekumpulan kira-kira 50 pemuda merosakkan harta benda di kawasan tumpuan pelancong di Oxford Circus.

Perusuh merosakkan sebuah kereta polis dan memecahkan tingkap di Enfield, pinggir utara London kira-kira lima kilometer dari Tottenham, medan kekacauan pada malam sebelumnya.

Pasukan polis tambahan dikerahkan di kawasan-kawasan kediaman bergolak selepas tiga anggota polis dimasukkan ke hospital akibat dirempuh kereta.

Laporan AP pula memetik pegawai kanan polis Christine Jones, berkata 35 pegawainya cedera, ketika cuba menahan penunjuk perasaan itu.

NONEBeliau berkata, kumpulan belia menyamun kedai, menyerang pegawai polis dan membakar kenderaan dalam keganasan yang menimbulkan persoalan mengenai tahap keselamatan bandar raya itu menjelang Sukan Olimpik 2012.

Christine berkata, pihaknya 'terkejut' dengan tahap keganasan dan kemarahan yang ditunjukkan penunjuk perasaan ke atas polis.

“Sebilangan mereka melempar bom petrol ke arah polis, manakala yang lain menyerang anggota kami dengan kayu besbal dan batang besi. Keganasan juga merebak ke bahagian lain di London, termasuk kawasan tarikan pelancongan dan pusat beli belah utama,” katanya.

Keadaan di Tottenham dilaporkan tenang malam semalam, namun keganasan merebak ke Walthamstow Central di timur London, apabila 30 belia mencuri dan merosakkan kedai.

NONE“Kami menempatkan pegawai tambahan di seluruh London dan membuat pemantauan rapi bagi mengelak keganasan daripada berterusan,” katanya.

Sementara itu Jabatan bomba London dalam satu kenyataan berkata, ia menerima 49 panggilan kebakaran di Tottenham tetapi tiada anggota cedera.

Laman web sosial dibanjiri khabar angin rusuhan lain bermula atau dirancang di bahagian lain tetapi polis memberi amaran supaya tidak mempercayainya.-malaysiakini-

No comments:

Post a Comment