Followers

Wednesday 3 August 2011

Dapat kerakyatan dan boleh mengundi. Kita akan merempat di negara sendiri nanti

wajah suram Malaysia

1. Bulan Ramadhan bulan yang mulia. Allah menggandakan pahala kepada sesiapa yang melakukan amalan baik dan menggandakan azab kepada sesiapa yang melakukan kejahatan dan maksiat.

2. Sesetengah orang walaupun berperangai syaitan di bulan lain tetapi dalam bulan Ramadhan begitu kecut untuk melakukan dosa dan kemaksiatan kepada Allah. Itulah sensitivity umat Islam terhadap bulan Ramadhan yang mulia ini. Sungguh hormat bulan Ramadhan walaupun sebelum ini haram jadah tak pernah bersolat.

3. Ada seorang kawan aku, penuh dengan hedonisme dalam hidupnya tetapi apabila UPSI tempat aku belajar anjurkan konsert sempena pesta konvo juga kebetulan di ambang ramadhan begitu marah dia kepada program anjuran UPSI ini. Nah..itu lah melayu. Begitu hormat bulan Ramadhan. Tak pelik kalau aku kata bulan ramadhan nie si pemaksiat melayu Islam berhenti sekejap buat maksiat sempena bula mulia ini.

4. Tetapi pilu, aku kecewa dan sakit hati. Bersempena bulan mulia ini timbul isu yang menguris hati rakyat. Isu kerakyatan yang cukup menyentuh sensetiviti umat Malaysia di tanah berkat ini. Si Palestin sanggup bermandi darah daripada biarkan tanah sendiri dicerobohi penceroboh khianat. Begitulah harapnya aku kepada rakyat Malaysia agar lupakan periuk nasi dan perut boyot sendiri untuk mempertahankan Negara daripada pemerintah keparat yang mendaftarkan warga asing secara sulit untuk ‘survival’ politik mereka..

5. Pendedahan MALAYSIAKINI bukan satu pendedahan biasa. Bukan biasa seperti cerita Anuar Ibrahim yang didakwa melakukan hubungan seks, bukan biase seperti Najib Razak yang didakwa membunuh altantuya, bukan biasa seperti Nik Aziz adakan pertemuan sulit dengan Ku Li, bukan biasa seperti kerajaan UMNO rampas hak royalti rakyat Kelantan..tetapi pendedahan yang dilakukan oleh Malaysiakini pasal orang asing mendapat kerakyatan secara Jus Soli dan layak mengundi itu mengundang satu keadaan tidak baik dikalangan rakyat.

6. Aku memikirkan masa depan negara. Memikirkan keselamatan negara. Memikirkan masa depan rakyat terutamanya bangsa Melayu yang menjadi bumiputra kepada tanah ini. Apa akan jadi kalau Ketua Polis Negara satu masa nanti dari keturunan Indonesia? Apa nak dikata nanti Panglima Angkatan Tentera Malaysia dari kalangan bangla? Ketua Jabatan Pendaftaran Negara dari warga asing yang entah dari mana datang. Mereka mendapat kerakyatan daripada sikap rakus politik UMNO untuk mengekalkan kuasa di tanah Malaysia ini.

7. Wahai UMNO. Hendak berpolitik kotor engkau berpolitiklah. Tetapi jangan sesekali mengadaikan masa depan negara kepada warga asing. Jangan sesekali mengadaikan negara kerana nafsu serakah seks betina dan harta yang engkau tidak pernah puas. Sudah puas disusahkan rakyat dengan susah hidup di negara sendiri, dengan ekonomi rakyat yang tak menentu, dengan kes-kes besar yang tidak pernah selesai kini mahu dirogol masa depan rakyat dengan isu kerakyatan warga asing.

8. Paling aku sakit hati blogger UMNO spin isu kerakyatan untuk nampak UMNO betul..BANGSAT!!

1 comment:

  1. Apa la kau... bila orang jawab tuduhan kata orang spin... kalau camtu jawab ker tak jawb ker sama jer la...
    Kalau ko rasa yg dia jawab tu tak betul ko ada bukti lain ko bagi la ni bukti lain takder nak melawan jer la keje ko

    ReplyDelete