Followers

Tuesday 2 August 2011

Negara kita diambang kemusnahan.

Benda ini perlu diteliti oleh rakyat tidak kira PAS atau UMNO. Ini soal bersama yang perlu dilihat secara mendalam. Ketepikan perbezaan politik semasa menghayati perkara ini.

Aku sudah beberapa hari tidak aktif di talian. Hari ini baru sempat untuk menjenguk ke Malaysiakini. Sebuah wadah non-partisan yang bagi aku menceritakan cerita politik secara adil. Melihat kepada tajuk ”Pengundi baru: Pagi tadi PR, petang ini warganegara” buat hati aku seram sejuk.

Adakah ini semata-mata kerana cita-cita politik sehingga sanggup mewarganegarakan pendatang asing? Aku tak dapat nak bayangkan di masa hadapan bagaimana berlaku kepada negara kita. Era anak cucu kita di mana mereka memerintah dikelilingi oleh warga asing yang diberikan kerakyatan oleh generasi atok kerana cita-cita politik yang busuk.

Apa akan jadi kepada sistem pertahanan negara. Apabila warga asing yang menjadi rakyat masuk ke dalam sistem pertahanan negara. Menjadi orang-orang penting di pos-pos pertahanan negara. Percayakah kita mereka tidak akan belot terhadap negara kita?

Bayangkan rakyat asing yang diberikan kerakyatan untuk menjadi pengundi hantu ini masuk ke dalam PDRM apa akan jadi kepada badan tersebut. Akan ada Ketua Polis Negara berasal daripada Indonesia, yakinkah kita dia tidak akan belot kepada negara kita?

Bayangkan waga asing yang diberi kerakyatan kerana cita-cita politik umno yang tak berkesudahan masuk ke dalam Jabatan Pendaftaran Negara. Yakinkah kita mereka tidak akan menjadi pintu masuk kepada lebih ramai warga asing lain untuk masuk bermaharajalela di negara kita?

Fikir balik.. masa depan negara kita ibarat di hujung tanduk sekarang. Ayuh kita bangkit.

No comments:

Post a Comment