Followers

Sunday 31 July 2011

Nukilan Ikhlas sempena Program Bicara Selebriti anjuran HAI dan Kerajaan Negeri Kelantan.



Assalamualaikum wbt,

Terlebih dahulu, marilah kita merafakkan kesyukuran di atas rahmat dan keizinan Allah swt, maka Forum "Bicara Selebriti" telah dapat dijayakan dengan . Secara peribadi, ianya merupakan usaha yang 'daring' dan berani apabila kerajaan negeri mengambil keputusan untuk menggandingkan para ulama dan artis/selebriti tempatan dalam usaha untuk membincangkan persoalan agama yang sebelum ini hanya dibincangkan oleh para ulama dan ilmuwan Islam semata mata. Apatah lagi apabila topik yang dibincangkan berkait rapat dengan persoalan hiburan dalam Islam dan yang berkaitan, seterusnya hingga ke soalan soalan yang lebih mencabar, yang memerlukan ilmu yang luas dan 'berlapang dada' dalam mengupas polemik yang melanda masyarakat Islam hari ini.

Dengan barisan panelis hebat yang terdiri daripada Dr MAZA, Wardina Saifiyyah, Uztaz Hasrizal dan moderator Saudara Amin Idris, saya merasa cukup kerdil duduk bersebelahan dengan tokoh ilmuwan dan sahabat yang lebih berilmu di dalam bidang agama. Namun, menyedari tanggungjawab dakwah yang dipikul maka saya gagahkan juga untuk cuba sebaik mungkin bagi memberikan pandangan seadanya, di samping pengalaman saya untuk dijadikan perkongsian sesama saudara seagama. Dengan izin dan rahmat Allah swt, rakyat Kelantan yang hadir atau yang menonton secara live dari TV Kelantan telah memberikan sokongan yang padu, tak kurang juga yang melahirkan rasa tersentuh setelah mendengar perkongsian tersebut.

Apa yang nyata, sesungguhnya rahmat Allah swt itu sungguh hebat sehinggakan siapa yang pernah menyangka insan jahil seperti saya dapat duduk di pentas agama yang begitu asing bagi saya sebelum ini, sebaris dengan tokoh tokoh agama yang begitu karismatik dan berkaliber. Dengan kupasan yang penuh ilmiah dan penuh hikmah, saya kira program ini telah berjaya mewujudkan satu kesedaran yang bersifat wasatiyyah, di mana banyak perkara yang menjadi khilaf dalam persoalan hukum itu dapat diterima dengan rasional dan tidak prejudis.

Apatah lagi, dalam pentas agama, diselitkan persembahan muzik yang bukan bercorak nasyid yang sebelum ini begitu sinonim dengan program keagamaan, di mana saya telah memetik gitar secara solo memainkan lagu 'Ketika Cinta Bertasbih.' Saya merasa terpanggil untuk cuba menghayati apa yang pernah dilakukan oleh Imam al Farabi dengan petikan gambusnya, yang diiringi oleh zikrullah dan telah membuat ramai orang menangis mengenangkan kebesaran Allah swt. Mungkin corak dakwah sebegini masih begitu asing bagi umat Islam di Malaysia namun saya kira, kerajaan negeri telah berjaya memecah tembok yang selama ini memisahkan golongan belia dengan agama. Ini merupakan satu pencapaian yang hebat kerana sifat dakwah itu sendiri sebelum ini begitu sukar untuk menembusi golongan belia, di mana pendakwah sering dipinggirkan oleh golongan muda yang suka kepada hiburan dan menganggap dakwah itu sebagai sesuatu yang 'taboo'.

Harapan saya, semoga kerajaan negeri akan terus diberikan kekuatan oleh Allah swt untuk terus menerus mengadakan program sebegini dalam bentuk 'tour' di seluruh Kelantan, agar lebih ramai rakyat yang berada jauh dari Kota Bharu juga akan dapat merasai pengalaman dan perkongsian sehebat majlis malam tadi. Tiada yang lebih bermakna selain daripada duduk di majlis ilmu dan mengagungkan kebenaran Allah Azza Wa Jalla, di samping berhibur secara Islamik dalam konteks yang dibenarkan oleh syariat sebagaimana fitrah manusia itu sendiri yang suka kepada hiburan.

Akhir kata, syabas kepada Kerajaan Negeri Kelantan, YB Baihaqi, seluruh warga kerja HAI dan rakyat Kelantan yang telah menjayakan program 'Bicara Selebriti' sehingga ianya telah dapat direalisasikan sebagaimana yang telah direncanakan dengan izin dan rahmat Allah swt. Diharap ianya tidak terhenti setakat itu sahaja kerana ramai yang mengharapkan program sebegini dianjurkan secara berkala, mungkin 3 bulan sekali untuk menyemarakkan lagi semangat cintakan Islam dan berhibur secara Islamik.
Wabillahi taufiq wal hidayah, assalamualaikum wbt. Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak dari saya, Shamril Mohd Salleh/Sham Kamikaze.

Ramadhan bulan peperangan sebenar. Ayuh Jihad..


Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam. Jadikan bulan Tarbiyah ini bulan melatih diri untuk menjadi hebat disisi Allah. Kentalkan diri hebatkan perjuangan. Bulan Ramadhan bukan bulan berehat tetapi bulan memperhebatkan diri dan perjuangan.

Ayuh kita gunakan meomentum Ramadhan ini untuk menghancurkan segala kezaliman UMNo_-BN terhadap rakyat.

Tuesday 26 July 2011

Tindakan desperate PERKOSA memalukan. Tak ada maruah (video)

ini orang memalukan bangsa la. betol tak? aku tengok pun rasa jijik dah.. Alahai UMNO dan penyokong UMNO. Tak sedar-sedar lagi ke diri dipermin-mainkan macam. 
Edar baju macam edar dadah jer..kahkahkah

Temberang biometrik sudah pecah. Mesti lihat!!!!

Kahkahkah.. patutula SPR dan Najib semabng deras pasal biometrik. Dah sampai seru nampaknya. Mungkin ini wahyu yang terakhir untuk menyelamatkan peru-perut buncit kroni-kroni Najib untuk terus mengaut kekayaan negara..

Aku tak berapa nampak banner ini. Klik untuk besarkan dan tengok sendiri. Yang aku nampak dia tulis "PUSAT PENDAFTARAN BIOMETRIK (KDN) PATI"

Rakyat sayang Najib. peminat Najib di fanpage hampir 1 juta. PR Jahat..

1. Tahniah Perdana Menteri. Pagi ini aku saje-saje masuk ke page Perdana Menteri kita buat lawatan sambil belajar. Bukan apa. Najib Razak buat iklan kat malaysikini tentang page dia yang semakin glamour. Nak buat cam ne kan. Rakyat semakin terima dia, semakin glamour la dia skrg. ntah brape dia bayar kepada MALAYSIAKINI untuk menglamourkan page dia.hehehe.. Kalau tak caya boleh baca sini.. {SINI}

2. Aku rase Najib Razak la Perdana Menteri paling glamour kat Malaysia nie. Aku hidup di zaman pemerintahan Mahathir. bagi aku Mahathir gagal. sebab Mahathir UMNO semakin gila sebab dia buang Anuar Ibrahim daripada UMNO. zaman Pak Lah lagi la gagal. Skit..skit asyik nak tidur ja. Kerja ntah apa. Isytihar Islam Had Hari (Islam Hadhari) tapi skrg ntah ke mana. Berjuta duit rakyat habis untuk popularkan Islam hadhari. Dimasukkan dalam matapelajaran Titas di universiti dan sebagainya. memang gagal la zaman Pak Lah. Habis banyak duit rakyat pada zaman dia. Rasuah pun meningkat walaupun dia laksanakan konsep Islam Hadhari. 

3. Zaman Najib Razak zaman perubahan. Semua rakyat sukakannya. Ada orang fitnah suami Najib Razak iaitu Rosmah beli cincin 24 juta. Itu fitnah.. Rosmah beli cincin tu guna duit sendiri. Simpan duit untuk beli cincin sejak kecil lagi kata Rosmah. Rakyat semua percaya. Sebab dia tak bohong. Harga beg tangan pun berjuta-juta. tapi rakyat tak syak apa-apa kat Najib. Sebab Najib dan SUaminya Rosmah orang baik. Rakyat sayang. Najib Rosmah Baik..Rakyat Jahat. Kes scorpene, kapal selam, sukhoi, kes teoh beng hock, kecelaruan SPR dan berbagai lagi kecelaruan buatkan rakyat sayang gila kepada perdana menteri sorang nie.

4. Bila aku check kat fanpage Najib aku dapat lihat rakyat memuntahkan kasih sayang di facebooknya. hahahahaha.. Memang rakyat sayang giler.. kat bawah tu aku prntscreen luahan kasih sayang rakyat marhain kepada Najib. sape tak add lagi page Najib sila add di [SINI]..

5. jangan masuk saja.. hamburkan luahan kasih sayang untuk Perdana Menteri kita nie. Hidup Najib.kahkahkahkahkah.. Pakatan Rakyat jahat..







Jalan terakhir untuk Najib hadapi bahana BERSIH hanyalah dengan DARURAT??

1. Bahana BERSIH. Bersih satu perkataan yang cukup positif. Bersih digunakan untuk perkara yang baik seperti bersih hati, bersih diri, bersih rumah dan bersih jiwa. Lawan kepada Bersih pula adalah Kotor. Jadi Kotor adalah perkara negatif kepada bersih. Sebab itu kita tak pernah dengar Anti-Bersih. Selalu kita dengar anti kotor. Kalau siapa yang anti-bersih memang jenis manusia bodoh dan pengotor.

2. Atas sifat Bersih yang mampu memBERSIHkan itulah maka NGO bergabung sepenuh tenaga untuk memBERSIHkan sistem pilihanraya negara kita. Keberjayaan BERSIH pertama yang dilancarkan sebelum PRU-12 kini dilancarkan lagi skali dengan jenama BERSIH 2.0 .

3. Tujuan bersih tetapi sama iaitu mendesak SPR dan Kerajaan supaya melaksanakan pilihanraya di negara yang kita cintai ini dengan lebih BERSIH dan adil. Akhirnya BERSIH 2.0 berjaya dijalankan dengan jayanya apabila tidak kurang daripada 50 ribu menghadiri perhimpunan aman tersebut.

4. Walaupun diugut dengan bermacam-macam ugutan seperti komunis, pengganas, perusuh dan sebagainya rakyat Malaysia yang sudah bengang dengan sistem pilihanraya di negara kita bangkit keluar untuk berhimpun secara aman supaya kerajaan menerima tuntutan BERSIH. Hinggakan ramai yang tercedera dibelasah oleh polis secara membabi buta. Paling malang ada yang patah kaki dan seorang meninggal dunia. Itulah harga yang rakyat bayar untuk sebuah pilihanraya yang adil. Penyelewengan pilihanraya yang sedang didedahkan boleh rujuk kepada postingan aku yang lepas.


5. Kesan BERSIH cukup bahana kepada BN. BN yang ditungangi oleh UMNO yang berwajah keparat begitu kepanasan untuk menerima reliti BERSIH. Seolah olah kuasa BERSIH mencucuk-cucuk darah dan daging UMNO BN menyebabkan mereka berada di dalam kegelisahan dan nazak yang cukup memedihkan.

6. Pendedahan video-video kerakusan polis yang dianjingkan oleh UMNO di youtube begitu merimaskan BN. Mungkin isteri kepada Rosmah iaitu Najib Razak merasa kehangantan bahang demo aman BERSIH.

7. Polis dan media UMNO dengan elemen propaganda termasuklah media rakyat yang disalahgunakan seperti RTM digunakan sehabis mungkin untuk mewujudkan wajah buruk kepada BERSIH.

8. Fitnah dilemparkan secara membabi buta kepada peserta demo aman BERSIH seperti dikatakan membawa senjata tajam dan melakukan provokasi kepada polis. Polis telah mendedahkan kononnya video bukti-bukti polis tidak bertindak kejam kepada demonstran dan juga pemimpin demonstran.

9. Alhamdulillah.. dengan kecerdikan dan kebijakan para blogger-blogger pro pakatan rakyat akhirnya mereka menjawab setiap video yang didedahkan oleh pihak polis. Aku pasti keadaan sekarang polis begitu tertekan. Mana tidaknya!!! Setiap video dijawab rapi oleh blogger pakatan rakyat.

Isu mat sabu kononnya tidak dilanggar polis.....                     Terjawab.
Isu Hospital Tung Sin.....                                                      Terjawab.
Isu kematian seorang demonstran.........                                Terjawab.
Isu sembur air kimia dan pemedih mata secara rambang........Terjawab.
Isu peniaga rugi......                                                              Terjawab

10. Pendek kata semua isu yang ditimbulkan oleh polis anjing BN dijawab rapi oleh blogger PRO Pakatan Rakyat

11. Mereka menjawab video-video dan pendedahan polis bukan dengan emosi tetapi dengan fakta yang cukup konkrit. Tiada yang dapat menandingi fakta dalam mencari kebenaran dalam sesuatu isu.

12. Polis juga cuba memanipulasikan dengan fakta untuk memburukkan demonstran aman BERSIH. Blogger Pro Pakatan Rakyat juga menggunakan fakta untuk menjawab setiap pertuduhan. Tetapi sayang sekali. Fakta yang dimanipulasikan dengan fakta yang sebenar tidak berada pada aras yang sama. Fakta sebenar lebih jitu dan kuat untuk menyatakan kebenaran.

13. Hari ini menyedihkan.. Ulama ulama hebat di Malaysia seperti Dr Asri ditubuh UMNO sebagai Wahabi dan membawa eleman pengganas. Alangkah bodohnya kenyataan ini.
Inilah langkah terdesak UMNO untuk menjatuhkan pakatan rakyat dan juga individu yang ada kaitan dengan pakatan rakyat.

 14. Agak-agaknya apa yang sedang difikirkan oleh Najib Razak dan Ketua Polis Negara sekarang???

15. Adakah esok diisytihar DARURAT untuk negara kita ini? Mungkin!!! Untuk mengekalkan hegemoni kuasa nafsu. Tentang rakyat... Apa kisah

Kenyataan lucah Ibrahim Ali. "Perkasa gagal berhimpun kerana Road Block"

Hahaha. Aku klasifikasikan ini lawak paling lucah Ibrahim Ali di abad ini. Hari tu sembang bagai nak rak. Ugut sana ugut sini. Tunjuk ego bukan main lagi. Bajet orang lain takut la. Tok guru silat tu ntah ke mana?? Tak nak bagi alasan macam ibrahim ali ker? Apa pun memang gua respek la Ibrahim Ali. Dia punya alasan memang thriller di abad ini. Seram dan menakutkan..... gggggrrrr...!!!!! kalau xde roadblock mungkin penuh Kuala Lumpur dengan puak2 perkasa nie..

 ”Perkasa gagal berhimpun kerana Road Block”

Kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..
Kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..
Kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..
Kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..
Kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..
Kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..
Kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..
v Kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..
Kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..
Kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..

Monday 25 July 2011

UMNO nie memang jahat dari dulu kini dan selamanya.

[Khas untuk anak2 Kelantan] PERHATIAN : Jika anda ada menerima SMS sebagaimana berikut :

"Tuan/Puan dijemput dtg ke Stadium Mbpj kelana Jaya pada Ahad 31.7.11 kerana perjumpaan anak2 Kelantan jam 10pg-7ptg. Ada makan2 tok guru pun ada"

SMS INI ADALAH SMS PALSU DAN DIPERCAYAI BERNIAT UTK MENSABOTAJ PROGRAM INI.

Program ini tetap akan berjalan seperti dijadualkan ; SABTU 28 SYAABAN 1432 bersamaan 30 JULAI 2011 di Stadium MBPJ. Sebarkan maklumat ini.

Sertai laman rasmi program untuk sebarang perkembangan :https://www.facebook.com/HAKDI​P

IKLAN: Untuk anak-anak Kelantan. Jom kita meriahkan

BONGKAR: Lagi pendedahan pembohongan polis. Layan rakyat macam anjing kurap

1. Ok bersedia untuk lihat satu lagi sandiwara jahat rancangan Polis Raja di Mongolia.

2. Peringatan: Anda mungkin tersiat-siat hati melihat aksi yang sungguh menyakitkan hati ini. Lu rakyat Malaysia? pooorahhh!!!!... tiada nilai langsung.

4. Mungkin nilai kambing lebih mahal di mata polis.

3. Gua ambil video dibawah daripada blog milosuam.blogspot.

4. Kalau dalam BAB POLITIK Polis di Mongolia tidak layak lagi untuk dipercayai. Sebelum ini aku dedahkan beberapa penipuan dalam video polis di SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI Untuk sekian kali pendedahan nampaknya tiada lagi kepercayaan aku kepada polis dalam bab nie..

Kesimpulannya.... Dalam bab politk jangan langsung percaya kepada polis..

betapa rakusnya sandiwara mereka



Ds Asri dan beberapa Ulama di Malaysia dituduh pengganas pulak dah.

1. Aku terkejut bila pihak Majlis Keselamatan Negara menuduh Dr Asri Mantan Mufti Perlis sebagai Wahabi dan Terroris.

2. Bila ditanya kepada Dr Asri tentang tuduhan tersebut Dr Asri tidak terkejut kerana katanya orang yang memakai baju kuning pun boleh dianggap komunis. Apatah lagi Dr Asri yang membawa gagasan minda tajdid sudah semestinya akan dituduh bermacam-macam tuduhan untuk menjatuhkan kredibilitinya.

Pakai baju kuning pun dipanggil komunis. apa pelik kalau Dr Asri dipanggil 
pengganas oleh UMNO??


"Seminggu sebelum perhimpunan BERSIH2.0, ketua polis negara sendiri telefon saya untuk bantu tenteramkan masyarakat (yang hendak berhimpun). Takkanlah ketua polis negara menghubungi teroris?

"Semalam bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menziarahi rumah saya di sini (Pulau Pinang), takkan sebesar ini jaringan teroris," katanya yang terkenal dengan kelantangan dan sifat sinikal itu.

4. Takkan la Ketua Polis Negara sudah nyanyuk menghubungi pengganas(Dr Asri) untuk minta tolong tenangkan rakyat.

Ketua Polis Negara pernah menghubungi
'pengganas' sebelum demo bersih??kahkahkah


5. Hahaha....Kahkahkahkah..kahkahkah..kahkahkah..

6. Rasa macam tak dak otak jer kenyataan Majlis Keselamatan Negara bawah Najib Altantuya nie.

7. Cuba baca luahan Dr Asri kat sini:
pada hari ini satu taklimat keselamatan diberikan kepada para mufti dan pegawai agama di seluruh negara..tamat pada pukul 1 p.m..beberapa tokoh dimasukkan sebagai mengancam keselamatan negara..saya pun dimasukkan juga..saya tidak kisah, memang ada pun pendapat saya yang tidak sama dengan kerajaan pusat termasuk dalam isu BERSIH..namun yang peliknya 40 ULAMA MUDA UMNO juga dimasukkan dalam senarai pengganas khusus Ustaz Fathul Bari..demikian setelah mereka berhempas membela kerajaan UMNO, inilah balasannya..Arab Saudi dan ulamanya dianggap negara pengganas..parti politik tertentu yang menerima bantuan dari Arab Saudi juga dianggap ada unsur pengganas..sudah pasti lulusan Madinah semuanya pengganas..inilah apabila madu dibalas racun, penawar dibalas tuba..elok Ulama Muda UMNO mengambil langkah yang drastik..

8. Aku cuba merenung latar belakang yang berlaku. Sebelum ini Ustaz Zamri disingkirkan daripada tv9. Rancangan ”Adik dan Al-Quran” sudah lebur kerana politik UMNO.
Kenapa tak tuduh Ustaz Zamri juga pengganas?hahaha


9. Kini Dr Asri dan ramai ilmuan agama dituduh Wahabi dan membawa fahaman pengganas. Termasuk juga Ulama yang selama ini yang selalu mempertahankan UMNO iaitu Ustaz Fathul Bari.
jib..nanti ko tuduh ulama2kat negara ko sebagai pengganas ek..hahaha

10. Wajah mesra Najib bersama Pope menunjal-nunjal pemikiran aku. Bagaimana Najib boleh begitu mesra dengan pope tetapi bermusuh dengan ulama-ulama Islam di negara kita yang begitu banyak menyumbangkan jasa kepada pembangunan masyarakat di negara kita.


Doakan UMNO Hancur. Doakan UMNO mampus. Doakan UMNO lesap dari muka dunia ini. Amin.......

Sunday 24 July 2011

SPR Mengaku Ada Pengundi Hantu

Kenyataan Media
Dewan Pemuda PAS Pusat
25hb Julai 2011

SPR Mengaku Ada Pengundi Hantu

Setelah 16 hari selepas Himpunan Bersih 2 maka akhirnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Bin Wan Omar telah mengaku bahawa terdapatnya  klon kepada kad pengenalan pengundi yang terdapat dalam daftar pemilih sah yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR). Secara tidak langsung Datuk Wan Ahmad telah mengaku  bahawa pengundi hantu benar-benar wujud dalam daftar pemilih SPR yang sah. Kenyataan beliau telah dikeluarkan oleh The Star bertarikh 24hb Julai 2011 di bawah tajuk  ”EC: Help us purge ‘clones’ from electoral roll”. Datuk Wan Ahmad pula meminta parti politik dan Individu tertentu tampil memberi maklumat kepada SPR untuk membersihkan daftar pemilih. Ini merupakan kenyataan “U Turn”  SPR mengenai pengundi hantu yang selama ini tidak pernah diakui malah menuduh Pakatan Rakyat(PR) mengada-adakan cerita untuk melunturkan kayakinan rakyat kepadanya. Pembersihan daftar pemilih adalah termasuk dalam tuntutan Bersih 2.0. Pengakuan SPR ini merupakan suatu kejayaan kepada Bersih 2.

PengakuanSPR ini adalah berdasarkan kepada data yang saya telah keluarkan pada  khamis 21hb Julai 2011 bahawa Mariam Binti Su memiliki dua kad pengenalan berbeza iaitu 720616025472 dan 720610025738 tetapi mempunyai satu nombor kad pengenalan lama yang sama iaitu A2278510. Beliau memiliki dua hak mengundi di Dun Kuala Ketil, Parlimen Baling. Murugan A/L Subramaniam pula dilahirkan pada 02hb Oktober 1973 dan memiliki nombor kad pengenalan lama A2909056. Dua identiti Murugan A/L Subramaniam  memiliki tarikh lahir, nombor kad pengenalan lama, jantina, lokaliti, daerah mengundi, Dun, Parlimen dan Negeri yang sama. Hanya  4 digit terakhir kad pengenalan  iaitu 5201 dan 5877 yang membezakan identiti  Murugan A/L Subramaniam. No kad pengenalan  pertama Murugan A/L Subramaniam adalah 731002025877 dan kad pengenalan kedua adalah 731002025201. Sesiapa sahaja boleh menyemak  melalui laman web SPR http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/DaftarjBM.aspx. 

Kes Mariam Binti Su dan  Murugan A/L Subramaniam  telah membuktikan dua kesalahan besar yang dilakukan oleh JPN dan SPR iaitu pertamanya Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) telah mengeluarkan satu kad pengenalan lama dimiliki oleh dua identiti. Keduanya SPR telah membenarkan seorang pemilih memiliki hak mengundi lebih daripada sekali. Ini telah bertentangan dengan Perkara 119(1) Perlembagaan Malaysia yang menyatakan “tiada sesiapa pun boleh mengundi dalam pilihanraya yang itu juga, dalam lebih daripada satu bahagian pilihanraya”. Standard Operation Procedure(SOP) bagi kedua-dua jabatan Kerajaan ini perlu dikaji semula. Sistem komputer JPN dan SPR telah menggunakan SOP yang salah. Salah satu prinsip kepada konsep pengkalan data(database) sistem komputer adalah  tidak dibenarkan pertindanan  identifier  kad pengenalan lama  atau baru. Tetapi JPN telah membenarkan pertindanan kad pengenalan lama dan SPR pula menerima data yang salah tersebut untuk didaftarkan sebagai pemilih yang sah. Inilah bukti kesalahan SPR dan JPN. Mana-mana pihak berhak untuk membuat laporan polis berhubung kecuaian (negligent ) yang dilakukan oleh JPN dan SPR.

Walaupun bukti-bukti telah menunjukkan bahawa terdapat data bertindan yang telah dimasukkan dalam daftar pemilih yang sah tetapi malangnya SPR tiada hak dengan mudah untuk membatalkannya. Ia terpaksa melalui  proses yang rumit untuk membatalkannya. Ini kerana seksyen 14, Peraturan-peraturan Pilihan Raya(Perjalanan Pilihan Raya) 1981 telah manyatakan  bahawa “ Daftar pemilih yang pada masa ini berkuat kuasa hendaklah menjadi keterangan prima facis bagi maksud menentukan sama ada seseorang berhak atau tidak berhak  untuk mengundi  dalam sesuatu pilihanraya dalam mana-mana bahagian pilihan raya”. Jika pilihanraya di adakan pada waktu terdekat maka  pilihanraya umum ke-13 akan menggunakan daftar pemilih yang diragui.  Mana-mana parti yang menang dalam pilihanraya ke-13 tetapi mempunyai data-data pemilih yang meragukan mungkin boleh dibatalkan kemenangannya.  Ini merupakan sesuatu yang serius bakal akan berlaku. Oleh itu Pemuda PAS mendesak agar ditubuhkan suatu Suruhanjaya Diraja mengkaji sistem perjalanan pilihanraya dalam negara kita yang dilihat bermasalah.


SUHAIZAN BIN KAIAT

PENGERUSI  PEMULIHAN DEMOKRASI DAN MOBILISASI,  PEMUDA PAS PUSAT.
KETUA PEMUDA PAS NEGERI JOHOR.

SOP Polis. Menangkap, Menendang, Belasah secara Ikut SUka Aku (ISA)

1. Rakyat Malaysia tidak pernah mencemarkan imej Polis Raja Di Malaysia (PRDM).

2. Rakyat menjunjung tinggi dan menghormati kerja-kerja polis.

3. Jasa polis menjaga keamanana negara kita sangat-sangat dihargai. baik dari serendah-rendah pangkat hingga kepada ketua polis negara.

4. Sesetengah orang berbangga apabila anak dapat menjadi polis. Walaupun anak yang dulunya bekas penagih dadah, kaki rempit, mat gam, mat daun ketum dan sebagainya, kemahuan anak menjadi polis sangat dibanggakan oleh ibu bapa.

5. Tetapi apabila pihak polis diANJINGKAN oleh pihak tertentu maka kredibiliti polis semakin tercalar. Slogan TEGAS, ADIL, BERHEMAH hanya slogan penyedap bibir mulut.
Apa guna besi keras ditangan itu? Mahu menjadi anjing menyalak mengikut
segala arahan tuan? Menjadikan rakyat marhain negara tempat melampiaskan nafsu?

6. Ketegasan hanya ketegasan terpilih. Polis yang dianjingkan begitu tegas menyekat orang daripada bersolat di masjid sedangkan perompak negara enak bermaharajalela.

7. Ketagasan hanya kepada rakyat jelata, si penyair tua Sasterawan Negara merah mata disembur gas pemedih mata, berkaki ayam berjalan mengelilingi Kuala Lumpur. 

8. Keadilan polis hanya ekslusif untuk pihak draconian sedangkan rakyat dipijak, ditendang, disepak, diterajang macam anjing kurap.

9. Hemah hanya sandiwara apabila menurut perintah si penguasa kejam. Hancur kredibiliti ditelan nafsu serakah penguasa.

10. Jika terus ini terjadi. apa barangkali akan berlaku kepada Polis Raja Di Malaysia? Imej yang terus tercalar? Menjadi satu imej takut kepada masyarakat? Atau rakyat akan bangkit sekali lagi versi Demonstrasi Aman Mesir? 

AYuh kerja. Jatuhkan BN dan selamatkan institusi kepolisan negara kita.

Bongkar: Sistem Biometrik talian hayat Isteri Rosmah untuk terus memerintah sampai kiamat

1. Tuntutan  BERSIH harus difahami secara mendalam.

2. Tuntutan BERSIH kali ini diberi respon baik oleh isteri Rosmah Mansur iaitu Najib Razak agar dilakukan pembaikan terhadap Suruhanjaya Pilihanraya.

3. Jadi Najib Razak telah bersetuju untuk mengeluarkan duit rakyat untuk membuat pembaikan terhadap sistem pilihanraya di negara kita.

4. Semestinya sejumlah duit rakyat akan digunakan untuk merefomasikan sistem pilihanraya di negara kita.

5. Untuk mengelakkan pengundi hantu dari kalangan bangla, indon dan lain-lain pihak BERSIH dalam tuntutan ketiganya mendesak agar dilaksanakan penggunaan dakwat kekal.

6. Langkah ini sangat baik untuk mengelakkan pendundi hantu. Selain itu ia juga tidak melibatkan kos yang tinggi.

7. Amat malang sekali apabila Najib mengeluarkan kenyataan akan mengeluarkan BANYAK duit rakyat untuk melaksanakan sistem BIOMETRIK.



8. Ada blogger UMNO mempersenda penggunaan dakwat kekal itu cara lama, ketinggalan zaman. Sistem Biometrik adalah lebih moden. Tetapi adakah cara lama atau cara moden yang menjadi isunya?Sudah tentu sekali bukan!!!!!!!


8. Bagi kopipanas13 sistem biometrik bukan penyelesaiannya. Mat bangla, mat indon yang diupah untuk menjadi hantu tetap boleh mengundi apabila cap jari dan identiti mereka didaftarkan di dalam sistem.

9. Ini yang kita perlu sedar. Mat-mat hantu ini semua tetap boleh mengundi sekiranya maklumat mereka dan cap jari mereka direkodkan di dalam sistem Biometrik.

APA KEBAIKAN DAKWAT KEKAL?

9. Nama dah dakwat kekal maknanya dakwat itu akan kekal ditangan untuk sekian hari.

10. Dengan ini dapat mengelakkan seseorang itu untuk mengundi lebih daripada 1 kali.

11. Pendedahan yang pernah dibuat oleh milosuam.blogspot ada satu rumah mempunyai 88 orang pengundi. Azmin Ali juga pernah membuat pendedahan di rumahnya ada 8 nama sedangkan bilangannya tidak begitu. Ada juga nama yang individu mempunyai 2 tempat pengundian. Buktinya diSINI dan diSINI

12. Jadi pendedahan sebegini menjadi tanda tanya kepada rakyat kenapa Najib Razak ingin menggunakan sistem biometrik sedangkan sistem itu melibatkan kos yang lebih tinggi berbanding penggunaan dakwat kekal.

Adakah penggunaan sistem biometrik menjadi talian hayat kepada BN untuk terus melakukan penipuan di dalam pilihanraya. Kenapa tidak dilaksanakan sistem dakwat kekal yang jauh lebih murah dan berkesan?

13. Apa tujuan utama Najib Razak tak dapat kita nak kenal pasti.

14. Yang aku tahu Najib Razak merancang. Allah juga merancang. Tetapi perancangan Allah lah pernacangan yang terhebat. Moga-moga Najib hancur dalam perancangannya sendiri. Amin..

Lawak POLIS dan PATAHRIOT..Ekslusif dari kopipanas.

1. Hehehe... Inilah hakikat yang berlaku.

2. Seorang rakyat yang menuntut keadilan di dalam demo aman BERSIH ditangkap oleh 6 orang polis secara keras dan kurang ajar.

3. yang sebelah kanan 2 ekor group patahriot ditangkap oleh hanya seorang polis.

4. Yang sorang tu boleh tersengih-sengih lagi macam main kejar-kejar je dengan polis.

5. Agaknya macam nie la dialog antara patahriot yang tersengih dengan polis tu.
            Polis:               Hehehe..yahooo..dah dapat.dah dapat..dah dapat.
            Patahriot:        ala.. aku baru jer lari ko dh tangkap. Bagi la aku lari lama skit
Polis:               hehehe..xde..xde..skrg ko plak pakai baju polis. Bagi aku pakai baju patahriot. Ko plak kejar aku. Kita gilir-gilir la.
Patahriot:        haa... cantik cadangan. Nanti aku buat-buat tendang ko ek. Baru nampak polis tak berat sebelah.
Polis:               haaa... ok.ok.ok (versi upin ipin)

Kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..
Kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..
Kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah.
Kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..
Kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..
Kah..kah..kah..kah..kah..kah..kah..

Saturday 23 July 2011

Standard Operation Procedure versi Mongolia BELASAH dan BUNUH rakyat.

"Pihak polis bertindak secara profesional menggunakan standard operation procedure. Ini kita tidak boleh nafikan." Pengarah Kementerian Dalam Negeri.

Ini dia punya ketua. Dia manusia tetapi perangi sebijik macam anjing. ikut saja
 arahan PM Mongolia

ini profesional? Terajang orang tua


ini profesional? ini yang dikatakan tiada rakyat cedera? berlubang pipi terlantar di hospital

Inikah profesional POLIS? pecah kepala?


"Pendekatan tegas adil dan berhemah yang diterapkan dalam operasi ini telah berjaya mengelakkan sebarang situasi ketenteraman awam yang lebih buruk." Pengarah Kementerian Dalam Negeri


Pemuda ini patah kaki kerana polis Mongolia memang profesional

rakyat tidak bersenjata.. begini kah profesional cara menghadapi rakyat?

Khalid Samad juga mnjadi mangsa keprofesional polis




"Tidak ada kematian dan kerosakan serius yang dapat dikaitkan secara langsung kepada tindakan polis" Pengarah Kementerian Dalam Negeri


Prefesional POLIS. rakyat terbunuh


Pesanan: semua gambar-gambar diatas berlaku di Mongolia. Tidak kena mengena yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Siri pendedahan kerpofesionala Polis Raja Di Mongolia (PRDM)

Apa yang tidak kena dengan pakaian Ratu Elizabeth ini? perli Najibkah?


Cuba nilai gambar-gambar ini. Ratu Elizabeth bersama beberapa orang pemimpin negara.




Hehehe.. Saja bersakarstik di pagi hari. Hang benci kuning, kuning datang peluk hang. 
Jadi sayangilah kuning dan perjuangan BERSIH.hehehe..

Gambar ehsan: milosuam.blogspot

Ustaz Zamri TV9 jadi mangsa kerakusan?

1. Sedang aku bersiar-siar di alam maya aku tersepak dengan kenyataan ini.
”Rancangan Adik dan Al-Quran dihentikan”

2. Program ’Adik dan Al-Quran’ yang dikendalikan Ulama muda negara kita Ustaz Zamri tidak asing lagi dikalangan kita terutamanya anak-anak.


3. Rancangan ’adik dan al-Quran’ merupakan siri tarbiyah yang paling menyerlah yang mendidik anak-anak secara tidak langsung di television.

4. Petiklah di mana-mana siaran tv aku rasa siara inilah yang paling bermutu untuk mendidik anak-anak.

5. Kepala masih berfikir kenapa rancangan ini dihentikan.

6. aku melihat di dalam data gambar simpanan aku.

7. Terjumpa gambar ini(bawah). Ustaz Zamri sebagai meraikan kebebasan demokrasi beliau turun ke perhimpunan aman BERSIH untuk sama-sama peminatnya menuntut pilihanraya yang bersih dan adil.


8. Otak aku menunjal-nunjal memberontak adakah rancangan yang dikendalikan Ustaz Zamri ini dihentikan kerana Ustaz menghadiri himpunan aman BERSIH??????

9. Sebelum ini aku pernah dengar ustaz dipanggil oleh tv9 kerana beliau turun ke himpunan aman BERSIH.

10. Andai kata betul Ustaz dibuang kerana BERSIH amat malangnya Malaysia.

11. Ulama dibuang.. Kera dihutan disusukan..Peribahasa sesuai tak dengan gambar bawah tu?haha..