Followers

Sunday 17 July 2011

Pak Samad benci kerajaan!!!

A. Samad Said atau lebih dikenali sebagai pak samad seorang sasterawan negara yang digeruni dan dihormati. Sasterawan yang  terkenal dengan novel Salina itu selalu disebut namanya di mana-mana walaupun pada masa itu beliau tidak pernah terlibat langsung dengan politik. Kita menghormati beliau kerana ketokohan dan keilmuan yang beliau tunjukkan. Selain seorang yang berilmu beliau juga memiliki sikap yang lemah lembut dan berbudi bahasa. Tidak pernah kita mendengar ungkapan keras daripada mulut sasterawan negara ini.

Dalam isu BERSIH ini lain pula sikapnya. Satu kenyataan yang keras keluar daripada mulut Pak samad.
“Tidak pernah saya rasakan begitu bencinya saya pada kerajaan. itulah waktunya saya lebih benci,"kata Pak Samad

Jelas disini satu mesej yang beliau ingin sampaikan kepada kita semua. Kebobrakan yang berlaku, kezaliman yang bermaharajalela di bawah seorang Perdana Menteri mencetuskan api kemarahan Pak Samad.

Bayangkan usai perjuangan pak samad tak pernah beliau terlibat dalam isu-isu politik tetapi kini gah namanya dalam sejarah politik tanah air. Jelas sudah. Kebangkitan sasterawan negara ini kerana tidak lagi sanggup menjadi penyokong senyap di alam Malaysia ini. Kini pak samad bangkit. Ayuh kita bersama pak Samad untuk Malaysia yang lebih baik. 

No comments:

Post a Comment