Followers

Friday, 22 July 2011

"Just Klik" anda akan lihat BUKTI kekejaman..

BERSIH telah meleraikan tirainya. Perhimpunan gergasi yang berlaku di Kuala Lumpur itu memberi satu sejarah bermakna buat Malaysia. Pihak pemerintah begitu gabra untuk menghadapi BERSIH yang telah ’menghancurkan’ masa depan pemerintah.

Sekarang ini Polis Raja Di Malaysia (PRDM) sedang memainkan propaganda di setiap surat khabar, tv dan segala media. Tujuannya untuk menutup pekung yang sudah sedia busuk dan menanah sekarang.

Bagi saya Ketua Polis Raja Di Malaysia tak perlu sembang deras. Kita sebagai anak muda mudah sahaja. ”Just Klik”..

Maklumat di hujung jari. Walaupun ada antara kita tidak pergi ke perhimpunan tersebut kita boleh mencari maklumat tersebut di internet.

Polis bermati-matian menafikan kekerasan yang dilakukan kepada rakyat tanah Malaysia. Kalau aku tak pergi ke perhimpunan aman tersebut aku rasa aku sendiri terpengaruh dengan dakyah media ini.

Tak perlu sediakan bukti banyak..cukup video ini untuk aku tunjukkan kekejaman polis. ”Just Klik Play”... Korang akan lihat kekejaman yang sedang dinafikan Polis Raja Di Malaysia sekarang ini...Diawal video anda boleh lihat polis melakukan provokasi kepada rakyat. Di akhir video rakyat dibunuh di negara sendiri..

Luangkan sedikit masa untuk anda tidak ditipu oleh pemerintah zalim....Sekian..

3 comments:

  1. woi..part nazak pun nk tipu ke..dah kantoi tu..pandai2lah edit...haha

    ReplyDelete
  2. pesal part last tu tv3suku x nk lak tnjuk...hahahaa...buduss bangkaiiii

    ReplyDelete
  3. dari awal tak paham bahasa... Patut polis lanyak saja geng2 takda permit nih... Cakap Melayu tak paham... Cina tak Paham... Tamil tak paham... Padan Muka...

    ReplyDelete