Followers

Sunday 24 July 2011

SOP Polis. Menangkap, Menendang, Belasah secara Ikut SUka Aku (ISA)

1. Rakyat Malaysia tidak pernah mencemarkan imej Polis Raja Di Malaysia (PRDM).

2. Rakyat menjunjung tinggi dan menghormati kerja-kerja polis.

3. Jasa polis menjaga keamanana negara kita sangat-sangat dihargai. baik dari serendah-rendah pangkat hingga kepada ketua polis negara.

4. Sesetengah orang berbangga apabila anak dapat menjadi polis. Walaupun anak yang dulunya bekas penagih dadah, kaki rempit, mat gam, mat daun ketum dan sebagainya, kemahuan anak menjadi polis sangat dibanggakan oleh ibu bapa.

5. Tetapi apabila pihak polis diANJINGKAN oleh pihak tertentu maka kredibiliti polis semakin tercalar. Slogan TEGAS, ADIL, BERHEMAH hanya slogan penyedap bibir mulut.
Apa guna besi keras ditangan itu? Mahu menjadi anjing menyalak mengikut
segala arahan tuan? Menjadikan rakyat marhain negara tempat melampiaskan nafsu?

6. Ketegasan hanya ketegasan terpilih. Polis yang dianjingkan begitu tegas menyekat orang daripada bersolat di masjid sedangkan perompak negara enak bermaharajalela.

7. Ketagasan hanya kepada rakyat jelata, si penyair tua Sasterawan Negara merah mata disembur gas pemedih mata, berkaki ayam berjalan mengelilingi Kuala Lumpur. 

8. Keadilan polis hanya ekslusif untuk pihak draconian sedangkan rakyat dipijak, ditendang, disepak, diterajang macam anjing kurap.

9. Hemah hanya sandiwara apabila menurut perintah si penguasa kejam. Hancur kredibiliti ditelan nafsu serakah penguasa.

10. Jika terus ini terjadi. apa barangkali akan berlaku kepada Polis Raja Di Malaysia? Imej yang terus tercalar? Menjadi satu imej takut kepada masyarakat? Atau rakyat akan bangkit sekali lagi versi Demonstrasi Aman Mesir? 

AYuh kerja. Jatuhkan BN dan selamatkan institusi kepolisan negara kita.

No comments:

Post a Comment