1. Bahana BERSIH. Bersih satu perkataan yang cukup positif. Bersih digunakan untuk perkara yang baik seperti bersih hati, bersih diri, bersih rumah dan bersih jiwa. Lawan kepada Bersih pula adalah Kotor. Jadi Kotor adalah perkara negatif kepada bersih. Sebab itu kita tak pernah dengar Anti-Bersih. Selalu kita dengar anti kotor. Kalau siapa yang anti-bersih memang jenis manusia bodoh dan pengotor.
2. Atas sifat Bersih yang mampu memBERSIHkan itulah maka NGO bergabung sepenuh tenaga untuk memBERSIHkan sistem pilihanraya negara kita. Keberjayaan BERSIH pertama yang dilancarkan sebelum PRU-12 kini dilancarkan lagi skali dengan jenama BERSIH 2.0 .
3. Tujuan bersih tetapi sama iaitu mendesak SPR dan Kerajaan supaya melaksanakan pilihanraya di negara yang kita cintai ini dengan lebih BERSIH dan adil. Akhirnya BERSIH 2.0 berjaya dijalankan dengan jayanya apabila tidak kurang daripada 50 ribu menghadiri perhimpunan aman tersebut.
4. Walaupun diugut dengan bermacam-macam ugutan seperti komunis, pengganas, perusuh dan sebagainya rakyat Malaysia yang sudah bengang dengan sistem pilihanraya di negara kita bangkit keluar untuk berhimpun secara aman supaya kerajaan menerima tuntutan BERSIH. Hinggakan ramai yang tercedera dibelasah oleh polis secara membabi buta. Paling malang ada yang patah kaki dan seorang meninggal dunia. Itulah harga yang rakyat bayar untuk sebuah pilihanraya yang adil. Penyelewengan pilihanraya yang sedang didedahkan boleh rujuk kepada postingan aku yang lepas.
5. Kesan BERSIH cukup bahana kepada BN. BN yang ditungangi oleh UMNO yang berwajah keparat begitu kepanasan untuk menerima reliti BERSIH. Seolah olah kuasa BERSIH mencucuk-cucuk darah dan daging UMNO BN menyebabkan mereka berada di dalam kegelisahan dan nazak yang cukup memedihkan.
6. Pendedahan video-video kerakusan polis yang dianjingkan oleh UMNO di youtube begitu merimaskan BN. Mungkin isteri kepada Rosmah iaitu Najib Razak merasa kehangantan bahang demo aman BERSIH.
7. Polis dan media UMNO dengan elemen propaganda termasuklah media rakyat yang disalahgunakan seperti RTM digunakan sehabis mungkin untuk mewujudkan wajah buruk kepada BERSIH.
8. Fitnah dilemparkan secara membabi buta kepada peserta demo aman BERSIH seperti dikatakan membawa senjata tajam dan melakukan provokasi kepada polis. Polis telah mendedahkan kononnya video bukti-bukti polis tidak bertindak kejam kepada demonstran dan juga pemimpin demonstran.
9. Alhamdulillah.. dengan kecerdikan dan kebijakan para blogger-blogger pro pakatan rakyat akhirnya mereka menjawab setiap video yang didedahkan oleh pihak polis. Aku pasti keadaan sekarang polis begitu tertekan. Mana tidaknya!!! Setiap video dijawab rapi oleh blogger pakatan rakyat.
Isu mat sabu kononnya tidak dilanggar polis..... Terjawab.
Isu Hospital Tung Sin..... Terjawab.
Isu kematian seorang demonstran......... Terjawab.
Isu sembur air kimia dan pemedih mata secara rambang........Terjawab.
Isu peniaga rugi...... Terjawab
10. Pendek kata semua isu yang ditimbulkan oleh polis anjing BN dijawab rapi oleh blogger PRO Pakatan Rakyat
11. Mereka menjawab video-video dan pendedahan polis bukan dengan emosi tetapi dengan fakta yang cukup konkrit. Tiada yang dapat menandingi fakta dalam mencari kebenaran dalam sesuatu isu.
12. Polis juga cuba memanipulasikan dengan fakta untuk memburukkan demonstran aman BERSIH. Blogger Pro Pakatan Rakyat juga menggunakan fakta untuk menjawab setiap pertuduhan. Tetapi sayang sekali. Fakta yang dimanipulasikan dengan fakta yang sebenar tidak berada pada aras yang sama. Fakta sebenar lebih jitu dan kuat untuk menyatakan kebenaran.
13. Hari ini menyedihkan.. Ulama ulama hebat di Malaysia seperti Dr Asri ditubuh UMNO sebagai Wahabi dan membawa eleman pengganas. Alangkah bodohnya kenyataan ini.
Inilah langkah terdesak UMNO untuk menjatuhkan pakatan rakyat dan juga individu yang ada kaitan dengan pakatan rakyat.
15. Adakah esok diisytihar DARURAT untuk negara kita ini? Mungkin!!! Untuk mengekalkan hegemoni kuasa nafsu. Tentang rakyat... Apa kisah
No comments:
Post a Comment