Followers

Wednesday, 20 July 2011

Dedah: Kerajaan PAS Kedah ikut telunjuk DAP


Aku membaca satu tajuk di dalam berita harian yang bertajuk “PAS terpaksa buat pusingan U diugut DAP”. Aku baca dari awal hingga akhir dengan kritis untuk menilai penulisan Azmi Md Derus ini.


Kronologi penulisan beliau pada awalnya mengkritik keputusan PAS Kedah menyekat sebarang hiburan pada bulan ramadhan untuk melaksanakan Enakman Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Kedah 1997. ada 2 perkara disini. Pertama aku bersetuju dengan kritikan dia atas kegelojohan pimpinan kerajaan Kedah ingin menyekat operasi kelab malam tanpa berbincang secara mendalam. Bagi aku ini tidak wajar, kita juga harus memikirkan periuk nasi non-muslim yang bekerja di kelab malam tersebut. Penutupan kelab malam tersebut tidak wajar.

Maknanya pendapat aku dan pendapat si penulis berita harian ini sama. Tak beza sikit pun.

Yang kedua enakman ini diwartakan pada tahun 1997. masa tu kerajaan Kedah berada di bawah UMNO. Maknanya UMNO selama ini tidak pernah sama sekali berusaha untuk melaksanakan enkman ini. Bila PAS Kedah nak laksanakan sudah pasti akan ada situasi ’eksperimen’ yang tidak dijangka. Tahniah kepada kerajaan PAS Kedah. KERAjaan UMN boleh cuba lagi di lain masa di negeri yang korang perintah.

Atas desakan seterusnya kerajaan PAS Kesah menarik balik sekatan itu dengan syarat tidak membenarkan orang bukan Islam masuk ke tempat maksiat tersebut. Langkah terbaru PAS kedah aku rasa itu tindakan wajar kerana terpulang kepada mereka (non muslim) nak berhibur banyak mana pun walau di masa mana. Yang penting sebuah kerajaan Islam mesti menyekat umat Islam daripada membuat sebarang perkara maksiat selaras dengan arahan Allah untuk kita mencegah kemungkaran.

Bila sampai ke ayat yang terakhir sah penulisan ini macam penulisan Ketua Bahagia UMNO bukannya gaya penulisan Ketua Biro Berita Harian Kedah.

Maka dengan lagak mangkuk hayunnya penulis berita harian ini mendakwa pusingan U PAS kedah ini kerana mengikut DAP. Inilah mangkuk hayunnya dan haram jadah penulisan Azmi Md Derus ini. Penulisannya bukan ingin mencari kebenaran, tetapi menjadi lidah UMNO untuk memburukkan sebarang usaha PAS untuk mencegah maksiat. Jom doa penulis ini sekiranya penulisan dia berniat buruk moga2 Allah hancurkan hidup dia...AMIN...

No comments:

Post a Comment